Vote for us

They need your support for their green efforts!
Vote for them by hitting the 'Like' button now.
Each vote increases their chances of winning!

View Terms and Conditions

Exhibition and Recycling Competition in SMK Muhibbah, Sandakan, Sabah

by student_smkms_1 22. August 2016 18:18

SMK Muhibbah Sandakan telah mengadakan pameran dan tiga pertandingan kitar semula pada 13 ogos 2016, iaitu hari sabtu. Aktiviti ini merupakan antara cabaran Toyota Eco Youth selepas gotong royong yang diadakan di Taman Indah Jaya Fasa 1 pada minggu lepas. Pada hari itu, pihak sekolah telah menjual hasil tanaman organik yang ditanam di sekolah dan juga barang hiasan kitar semula. Ahli-ahli Eco School juga mengajar cara membuat kompos kepada orang ramai. Selain itu, tiga pertandingan telah diadakan semasa berlangsungnya pameran. Pertandingan Mewarna bagi sekolah tadika, Pertandingan Stesen Permainan bagi sekolah rendah, dan Pertandingan ‘Marketing Game’ bagi sekolah menengah. Pameran dan kesemua pertandingan bermula pada pukul 7.00 pagi.

SMK Muhibbah Sandakan held an exhibition and three recycling competition on August 13, 2016, the day Saturday. This activity is one of the challenges Toyota Eco Youth after a gotong royong was held at Taman Indah Jaya Phase 1 last week. On that day, the school has been selling organic produce grown in the school and also recycled decorative items. Members of the Eco School also teach how to make compost to the public. In addition, three games have been held during the exhibition. Coloring Contest for kindergarten, Game Station Competition for primary schools, and competition 'Marketing Game' for secondary schools. Exhibitions and all games starting at 7:00 AM.

 

 

Pada masa yang sama, pengerusi PIBG SMK Muhibbah, Haji Salzo telah menyeru kepada penduduk Taman Indah Jaya agar menyokong aktiviti yang bermakna ini. Beliau menyatakan bahawa aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang mengitar semula bahan buangan, serta berusaha menceriakan persekitaran kawasan kediaman. Pengetua SMK Muhibbah juga menyatakan bahawa aktiviti ini telah dikendalikan dengan baik oleh pelajar tingkatan 4 yang diketuai oleh Cikgu Lam, Cikgu Lee, dan Cikgu Shim. Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru dan pelajar yang sanggup memelihara alam sekitar.

At the same time, the chairman of the PTA SMK Muhibbah, Haji Salzo has called upon residents of Taman Indah Jaya to support such a meaningful event. He stated that this activity aims to raise awareness about the recycling of waste materials, as well as trying to enrich the environment of residential areas. SMK Muhibbah also noted that these activities were handled well by form 4, chaired by Mr Lam, Mr Lee and Mr Shim. He thanked the teachers and students were able to preserve the environment.

Tags: