PULANG
- Perkakas elektrik dan pemanasan di rumah, sekolah dan tempat kerja.
- Pembaziran makanan, penggunaan daging dan sebagainya.
- Pembaziran tekstil, "fast fashion" dan sebagainya.
- Bahan plastik seperti penyedut minuman, beg, botol dan sebagainya.
CO₂Zero Aereon, merupakan seorang Hero Alam Sekitar yang sangat memerlukan bantuan anda untuk mengurangkan paras CO₂ ke tahap zero. Bagaimana anda boleh membantu CO₂Zero Aereon mengurangkan jejak karbon anda, keluarga dan komuniti?
Pengeluaran karbon dioksida semakin hari semakin tenat! Bagaimana anda boleh mengurangkan pengeluaran CO₂?
Setiap usaha anda begitu bermakna walaupun pada skala kecil!
- Mencipta penapis air sendiri.
- Merancang sistem yang boleh merawat air.
HydroShield memerlukan bantuan anda untuk mendidik masyarakat agar menghargai air bersih selain menggalakkan kepentingan untuk mengamalkan penggunaan air secara berhemah.
Tahukah anda bahawa ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai akses terhadap air bersih? Lebih - lebih lagi, Malaysia mempunyai masalah pembaziran air dimana kadar penggunaan air kita berada di tahap tinggi dalam Asia Tenggara.
Saya percaya kita mampu menyediakan akses air bersih kepada lebih banyak orang tanpa pembaziran!
- Mengasingkan pepejal pembaziran (sisa dan boleh kitar semula ) pada sumber seperti di sekolah, rumah dan tempat kerja.
- Kitar semula sisa elektronik atau e-sisa, seperti televisyen, komputer, peti sejuk dan sebagainya.
- Mengambil sesuatu yang lama dan cuba menjadikannya sesuatu yang baharu.
Dengan kuasa untuk mengawal unsur berbeza dan mengubah bahan-bahan lama menjadi objek baharu, fuZion memerlukan bantuan anda menjadikannya mudah buat masyarakat memulakan proses kitar semula secara efektif seperti:
Tabiat mengitar semula dan menjadikannya sesuatu yang berharga bermula dari rumah anda!
Sisa tidak akan berkurangan jika kita tidak menggunakan tong kitar semula dan mengamalkannya!
Inisiatif ini termasuklah:
- Mereka cipta dan menjual barang terpakai, barangan kitar semula dan kitar tinggi.
- Menambah permainan menarik untuk menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan lestari.
Hero Alam Sekitar yang mahu melihat dunia lebih hijau. Jeneral Hijau sentiasa berikan bantuan kepada mereka yang bekerja keras memelihara planet kita.
Hero ini memerlukan anda menjadi tonggak sokongan komuniti terutama jika ada inisiatif alam sekitar yang boleh membawa kesan positif dalam jangka masa pendek.
Kongsikan dengan kami penglibatan anda untuk membolehkan inisiatif ini terus bertahan pada jangka masa panjang. Ketengahkan kebimbangan komuniti terhadap alam sekitar dan ciptakan inisiatif ANDA sendiri yang diinspirasikan dari kebimbangan tersebut.
Mana mungkin kita boleh selamatkan planet seorang diri. Jangan risau, Jeneral Hijau kan ada!
Jom sama-sama kita berganding bahu menjayakan usaha hijau lestari!